NurFantz Fan Clubz (NFC)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Tantawi tokoh berpengaruh : Idris Musa (Harian Metro)

Go down 
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator
Lieza


Female
Number of posts : 185
Age : 39
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

Tantawi tokoh berpengaruh : Idris Musa (Harian Metro) Empty
PostSubject: Tantawi tokoh berpengaruh : Idris Musa (Harian Metro)   Tantawi tokoh berpengaruh : Idris Musa (Harian Metro) Icon_minitimeThu Mar 06, 2008 12:23 pm

SYEIKHUL Azhar, Dr Muhammad Sayyid Tantawi adalah tokoh ulama terulung dan paling berpengaruh bagi komuniti Arab Sunnah, malah dikatakan mempunyai 'kuasa tertinggi' kepada umat Islam seluruh dunia.

Tantawi, 80, sebelum dilantik sebagai Sheikhul Azhar pada 1996, adalah Mufti kanan kerajaan Mesir selama 10 tahun dan sebelum itu menyandang beberapa jawatan, antaranya Dekan Fakulti Usuluddin di Universiti al-Azhar serta Profesor di Universiti Islam Libya.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Usuluddin pada 1958 sebelum melanjutkan pelajaran dalam beberapa bidang termasuk ilmu tafsir dan hadis pada peringkat Ijazah Doktor Falsafah pada 1966 di universiti tersohor itu.

Sempena kunjungannya ke Multaqa Sedunia Alumni al-Azhar 2008 yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Kuala Lumpur baru-baru, beliau dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah dalam bidang dakwah dan pengurusan Islam oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Penganugerahan itu disempurnakan Tunku Ampuan Negeri Sembilan Tuanku Najihah Tunku Besar Burhanuddin, yang juga Canselor USIM, dalam satu konvokesyen khas USIM.

Sehingga kini, ilmuwan Islam itu menghasilkan lebih 30 buku dalam pelbagai bidang, antaranya satu kitab tafsir mengenai pentakwilan ayat al-Quran setebal 7,000 halaman (at-Tafsir al-Wasit) yang mengambil masa lebih 10 tahun untuk disiapkan.

Mengenai konsep Islam Hadhari, Tantawi berkata, ia adalah konsep merangkumi semua aspek dalam ajaran Islam yang menekankan kepentingan kehidupan di dunia dan akhirat.

"Konsep itu bukan sesuatu yang baru kerana prinsipnya mencakupi kehendak Islam untuk diamalkan pengikutnya," katanya.

Tantawi berkata, Universiti al-Azhar sentiasa berpegang kepada kesederhanaan yang menjadi pegangan universiti terulung itu dan pengajiannya turut merangkumi kajian semua mazhab dalam Islam termasuk Syiah.

"Agama Islam adalah agama nabi dan rasul, apabila ia dihayati maka akan memberi kesejahteraan kepada dunia dan pengajaran Islam sebagai agama tidak hanya melihat kepada kehidupan di akhirat tetapi dunia.

"Pegangan (universiti) al-Azhar dalam hal ini bahawa sesiapa juga yang mengucap dua kalimah syahadah dan mengamalkan ajaran Islam, maka al-Azhar menerima mereka sebagai saudara seagama," katanya.

Beliau berkata, orang Islam yang kuat akan lebih dikasihi dan disukai Allah S.W.T daripada orang beriman yang lemah di mana kekuatan itu bermaksud bukan saja kekuatan jasad tetapi iman.

Mengenai pendirian Universiti al-Azhar terhadap tindakan golongan pelampau Islam yang sanggup meletupkan diri sendiri, Tantawi berkata, mereka yang meletupkan dirinya di kalangan musuh yang cuba memporak-perandakan negara dan masyarakat, apabila mati dianggap syahid.

"Tetapi mereka yang meletupkan diri di kalangan wanita dan kanak-kanak di tempat awam dan menyebabkan ramai orang yang tidak berdosa menjadi mangsa, itu amat bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Malaysia katanya, adalah sebuah negara Islam yang gemilang kerana umatnya menjauhi sikap perkauman dan perasaan taksub membuta tuli.

"Oleh itu, saya berdoa kepada Allah supaya Malaysia kekal mendapat nikmat keamanan, keselamatan, kemajuan dan kasih sayang," katanya.

Beliau tidak bersetuju tindakan kafir-mengkafir sesama umat Islam kerana baginya seorang Islam itu ialah orang yang mengucap dua kalimah syahadah, menunaikan ibadat wajib dan menghormati sahabat Rasul.

Tetapi, katanya, perpecahan mazhab dan pendapat tidak dilarang, selagi ia bukan pergaduhan fizikal.

Mengenai isu Palestin, katanya: "Kami dan saudara kami di sana bekerjasama antara satu sama lain, menghulurkan bantuan sekadar termampu dan sentiasa berdoa untuk mereka.

"Apabila mereka (puak di Palestin) menjauhi pertarungan dan perpecahan (sesama mereka), mereka akan menjadi seperti sebuah bangunan yang kukuh dan kemenangan akan berpihak kepada mereka.

"Hukum Allah ialah kemenangan akan memihak kepada orang yang soleh dan kekalahan menimpa pihak berpecah belah." katanya.
Back to top Go down
 
Tantawi tokoh berpengaruh : Idris Musa (Harian Metro)
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Sinar Harian 2007
» KISAH NABI IDRIS A.S. MENIKAM MATA iblis

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI AGAMA :: Diskusi Agama-
Jump to: