Julukan 'Wonder Food" terhadap buah kelapa atau
cocos nucifera ini sudah cukup membuktikan ia lebih dari sekadar minuman, malah berkesan untuk bahan pengubatan tradisional dan perawatan kecantikan. Pokok kelapa ialah sejenis pohon palma tunggal yang dipercayai berasal dari kepulauan Pasifik. Isinya sering dijadikan pencuci mulut, seperti
nata de coco dan jeli selain elok disuapkan ke mulut kanak-kanak kecil yang kekurangan zat.
Air kelapa merupakan sumber mineral yang baik untuk tubuh manusia. Ia mengandungi karbohidrat dan protein yang diperlukan, serta sumber mineral asli iaitu Kalium (K), Natrium (NA), Kalsium (CA), Magnesium (MG), Ferum (FE), Kumprum (CU), Fosforus (P), dan Sulfur (S). Ia juga mengandungi Vitamin B Kompleks seperti Niacin, Riboflavin dan Thiamin, selain kaya dengan khasiat Vitamin C.
Menurut masyarakat Hindu, kelapa disebut sebagai
tree of heavenkerana dapat memebawa kekuatan, kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan. Namun yang pastinya, kadar nutrisi yang terkandung di dalamnya cukup tinggi bersifat isotonik. Menerusi kajian, komposisi mineral dan gula asli dalam kelapa dikatakan menyamai cairan tubuh manusia.
Rahsia air kelapa
Air dari sebiji buah kelapa muda cukup untuk memenuhi keperluan Vitamin C tubuh untuk sehari
Kandungan mineral asli dan protein berkualiti tinggi sangat baik untuk pertumbuhan dan pembaikan sel-sel dalam tubuh dan melembapkan kulit
Minuman air kelapa boleh mengurangkan kepanasan badan. Ketika demam atau terkena campak, minum air kelapa muda dan air suam berselang seli untuk mengurangkan kepanasan dan bisa
Air kelapa muda diminum sebagai penawar racun dalam darah dan cirit-birit
Efektif untuk membasmi cacing di dalam usus. Justeru. digalakkan meminum air kelapa di pagi hari sebelum bersarapan terutamanya kepada pesakit gastrik dan hyperacidity
Bermanfaat untuk membaiki sistem pencernaan seperti angin, mual-mual dan tersalah makan. Bagi pesakit yang menderita batuk kering, campurkan air kelapa dengan sedikit madu dan minum sebelum tidur
Campuran jus jeruk nipis dan air kelapa boelh membantu penyembuhan penyakit kolera. Ia juga bersifat diuretic untuk melawaskan buang air kecil dan air besar serta mengeluarkan batu karang
Bercuti ke pesisiran pantai dan pulau peranginan bukan sahaja menenangkan, malah melihatkan suasana damai sambil menghirup angin segar cukup baik untuk kesihatan. Jika tekak dahaga inginkan minuman, kunjungilah gerai air kelapa yang banyak di pinggir jalan. Air kelapa banyak khasiatnya, ia minumam kesihatan asli untuk mengembalikan tenaga.