NurFantz Fan Clubz (NFC)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Bayi berkata-kata

Go down 
AuthorMessage
FaraH
Moderator
Moderator
FaraH


Female
Number of posts : 121
Age : 31
Tempat Tinggal : SMAH PERAK
Pelajar/Bekerja/Penganggur : student
Registration date : 2008-02-29

Bayi berkata-kata Empty
PostSubject: Bayi berkata-kata   Bayi berkata-kata Icon_minitimeSun Mar 02, 2008 7:10 pm

Bayi yang Berkata-kata

Dari Abu Hurairah .a., dari Nabi SAW,
baginda bersabda: “Tidak ada yang bercakap dalam buaian kecuali tiga
orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang
yang rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya
beribadat. Pada suatu hari ibunya datang ke suraunya ketika dia sedang
solat. Ibunya berkata (memanggil): “Juraij .... Juraij.....” Juraij
yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: “Ya Tuhanku, apakah aku
penuhi panggilan ibuku atau kuteruskan solatku?” Akhirnya dia mengambil
kesimpulan untuk meneruskan solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan
pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan Juraij pun sedang
mengerjakan solat. Ibunya memanggil: “Juraij.....Juraij.”

Juraij
berkata dalam hatinya: “Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau
kuteruskan solatku?” Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada
memenuhi panggilan ibunya. Ibunya pun pulang lagi dalam keadaan kecewa.

Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan
kebetulan Juraij sedang solat. Ibunya memanggil: “Juraij.......
Juraij.” Juraij ragu lagi: “Tuhanku, ibuku atau solatku?” Dia masih
juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu
berkata: “Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia melihat
wajah wanita-wanita penzina.”

Rupanya kaum Bani Israil
sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan mereka
merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda
lelaki berhias kemudian berkata kepada mereka: “Kalau kamu mahu biar
aku goda dan aku fitnah dia.”

Wanita itu pergi ke tempat
peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak terganggu
kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang
penggembala yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu
menyambutnya dengan baik dan terjadilah perzinaan dan akhirnya wanita
itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa anak itu
dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij.
Mereka memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij
merasa hairan dan berkata: “Ada apa ini?” Mereka menjawab: “Engkau
telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini dan dia telah
melahirkan anak dari benihmu sendiri.”

Juraij berkata: “Di
mana anak itu?” Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraij
meminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat.
Selesai mengerjakan solat, Juraij mendekati anak itu. Dia
memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata: “Wahai bayi, siapa
ayahmu?” Bayi yang baru lahir itu menjawab: “Ayahku si Polan, seorang
pengembala.”Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij,
memeluk tubuhnya dan meminta maaf kepadanya sambil berkata: “Biarlah
tempat peribadatanmu ini akan kami bina semula dan akan kami buat dari
bahan emas.”

Juraij berkata: “Tidak, binalah semula dari tanah.” Mereka pun membangunnya semula dari tanah.

Ketika
seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka
seorang lelaki cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya
tertarik melihatnya dan berkata: “Ya Allah, jadikanlah anakku ini nanti
seperti lelaki itu.” Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu
melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: “Ya Allah, jangan jadikan
aku seperti dia.”

Kemudian anak itu menetek lagi kepada
ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah SAW memperagakan
keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis
ini). Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu
kemudian menghisapnya seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian
Baginda Rasul bersabda: “Tidak lama kemudian lalu di hadapan mereka
anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang ramai
dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak:
“Wanita penzina.... pencuri.” Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan,
wanita itu hanya berkata: “Cukuplah Allah yang mengetahuinya dan Dialah
sebaik-baik tempat berserah.”

Melihat yang demikian ibu
yang menyusukan itu berkata: “Ya Allah, jangan jadikan nanti anakku ini
seperti dia.” Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada
wanita yang dikejar-kejar itu kemudian berkata: “Ya Allah, jadikanlah
aku seperti dia.” Di sana ada lagi hadis yang lebih lengkap ceritanya.

Ibunya
merasa hairan dan berkata: “Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat
dan menarik kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia
malah engkau menjawab: “Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.”
Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang,
dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya
engkau jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: “Ya
Allah, jadikanlah aku seperti dia.” Ibu ingin tahu mengapa engkau
menjawab seperti itu ?” Bayi itu menjawab: “Lelaki yang kelihatan hebat
dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada
Allah supaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang
mereka menuduhnya mencuri dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri
dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi Allah dan aku pun
memohon dijadikan seperti dia.”

Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas .a., dari Nabi SAW, bersabda:
“Ada
empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah,
zaman Firaun, anak yang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha)
sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan Isa bin Maryam.”
Back to top Go down
 
Bayi berkata-kata
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI AGAMA :: Diskusi Agama-
Jump to: