NurFantz Fan Clubz (NFC)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Keberkatan Ayat Kursi

Go down 
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator
Lieza


Female
Number of posts : 185
Age : 39
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

Keberkatan Ayat Kursi Empty
PostSubject: Keberkatan Ayat Kursi   Keberkatan Ayat Kursi Icon_minitimeThu May 29, 2008 5:30 pm

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung
dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam
perempuan ini dalam perjalanan balik kerumah dari tempat kerjanya.
Kebetulandia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil
pula agak tersorok dan tidak banyak orang yanglalu lalang pada masa itu.
Maklum hari sudah lewat malam. Berjalan di jalan yang agak gelap
sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan
berseorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar
di dinding di tepi lorong itu. Dia mula rasa takut dan tak sedap hati.
Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah
memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh
pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.Masa dia melepasi lelaki
yang bersandar
itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik
lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang
perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat
lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi
lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia
lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke
balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui
kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa
lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan
dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di
masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia.
Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis
untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum
lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu "Why don't you do anything to me on that
night even though you know that I'm alone?" Perogol
tu jawab: "No, you are not alone. That night I saw two young man
walking with you. One on your right side and the other one was by your
left side. If you were alone of course you will be my victim."

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia
bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga
berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

MORAL CERITA INI:

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan
segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa
dekat dengan kita dan memelihara kita. Muslimah tadi pertama-tamanya
menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.(Kalau aurat terbuka malaikat pun
malas dekat).Mungkin dua orang lelaki yang menemani
wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya
yang sentiasa ingat akan diriNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab...selalulah
amalkannya. Bayangkan anda seorang yang selalu
ingkar suruhan Allah, kufur dengan nikmatnya, sambil lewa
beribadat.Dapatkah anda mendapat pertolongan sebegini dari Allah?
Balasan Allah tu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak
memang pasti kerana itu janji Allah. Jadi, renungkanlah di mana level
'iman' kita sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat
tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin 'Amr
r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan
saya.semoga andasemua mendapat pengajaran dan ilmu yang
bermanfat.sebagai hamba kita seharusnyapercaya dengan kemampuan senjata
orangmukmin iaitu DOA....semoga kita sentiasa
dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam....
Back to top Go down
 
Keberkatan Ayat Kursi
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI UMUM :: Diskusi Inspirasi-
Jump to: