NurFantz Fan Clubz (NFC)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Punca hati tidak tenteram

Go down 
2 posters
AuthorMessage
Lieza
Moderator
Moderator
Lieza


Female
Number of posts : 185
Age : 39
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

Punca hati tidak tenteram Empty
PostSubject: Punca hati tidak tenteram   Punca hati tidak tenteram Icon_minitimeWed Mar 26, 2008 3:35 pm

Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-

1) Cinta Dunia
Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.

2) Tamak
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi

3) Kedekut
Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk

4) Riak
Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan kerjanya.

5) Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.

6) Ego
Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya

7) Pendendam
Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Cool Hasad Dengki
Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.

9) Tidak Sabar
Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang kalanya menyusahkan orang lain.

Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya. Wallahualam bissawab.
Back to top Go down
auGwidad
Newbie
Newbie
auGwidad


Female
Number of posts : 88
Age : 31
Tempat Tinggal : Bandaraya Bersejarah
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Pelajar
Registration date : 2008-03-13

Punca hati tidak tenteram Empty
PostSubject: Re: Punca hati tidak tenteram   Punca hati tidak tenteram Icon_minitimeSun Mar 30, 2008 6:03 am

Semoga sifat tersebut dijauhkan dr kite..
Nnt tak tenteram lak..
Back to top Go down
Lieza
Moderator
Moderator
Lieza


Female
Number of posts : 185
Age : 39
Tempat Tinggal : KLCC
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Invoice clerk
Registration date : 2008-02-29

Punca hati tidak tenteram Empty
PostSubject: Re: Punca hati tidak tenteram   Punca hati tidak tenteram Icon_minitimeThu Apr 17, 2008 9:05 am

auGwidad wrote:
Semoga sifat tersebut dijauhkan dr kite..
Nnt tak tenteram lak..

Erm betul..
Kalau tak tenteram, apa2 yg kita lakukan tak menjadi..
Back to top Go down
Sponsored content





Punca hati tidak tenteram Empty
PostSubject: Re: Punca hati tidak tenteram   Punca hati tidak tenteram Icon_minitime

Back to top Go down
 
Punca hati tidak tenteram
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Nur di hati
» TAUTAN HATI
» Hati Wanita Solehah...
» Petua mencuci hati

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: INTERAKSI AGAMA :: Diskusi Agama-
Jump to: