Telah diceritakan bahawa Allah swt telah memerintahkan iblis untuk datang kepada Rasulullah saw untuk menjawab segala sesuatu yang baginda tanyakan kepadanya.
Pada suatu hari, iblis pun datang bertemu Rasulullah saw dengan menyerupai dirinya sebagai seorang tua, sedang tanganya memegang tongkat.
Bertanya Rasulullah saw : "Siapakah engkau ini?"
Orang tua itu menjawab : " Aku adalah iblis"
Rasulullah saw bertanya : "Apa maksudmu datang ke mari?"
Orang tua itu menjawab : "Sungguh Allah swt telah memerintahkan kepadaku agar datang kepadamu dan menjawab segala apa yang engkau tanyakan kepadaku"
Rasulullah saw bertanya : "Hai iblis, berapakah musuhmu dari kalangan umatku"
Iblis menjawab : "Ada 15"
1. Engkau sendiri wahai Muhammad
2. Imam/pemimpin yang adil
3. Orang kaya yang tawaduk (merendah diri)
4. Peniaga yang jujur
5. Orang alim yang mengerjakan solat dengan kusyuk
6. Orang mukmin yang memberi nasihat
7. Orang mukmin yang berkasih sayang
8. Orang yang tetap/cepat-cepat bertaubat
9. Orang yang menjauhkan diri dari segala yang haram
10. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci
11. Orang mukmin yang selalu dalam keadaan suci
12. Orang mukmin yang baik budi pekertinya
13. Orang mukmin yang bermanfaat kepada orang lain
14. Orang yang selalu hafal Al-Quran serta selalu membacanya
15. Orang yang berdiri megerjakan solat di waktu malam sedang orang lain sedang nyeyak tidur
Kemudian Rasulullah saw bertanya lagi kepada iblis : "Berapa banyakkah temanmu dari umatku?"
Iblis menjawab : "10 orang"
1. Hakim yang zalim (penganiaya)
2. Orang kaya yang sombong
3. Pedagang yang khianat
4. Orang yang pemabuk (peminum arak)
5. Orang yang memutuskan tali persaudaraan
6. Pemilik harta riba'
7. Pemakan harta anak yatim
8. Orang yang selalu lengah dalam solat (sering meninggalkan solat)
9. Orang yang enggan memberikan zakat (kikir)
10. Orang yang panjang angan-angan (berkhayal)
Sumber : Sinar Nurani