NurFantz Fan Clubz (NFC)
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

NurFantz Fan Clubz (NFC)

Ini adalah laman group bagi kumpulan nasyid Nurfantz.Ia adalah sebagai medan untuk mengenali kumpulan nasyid kelahiran SMU (A) Maahad Muhammadi Lelaki KB, Kelantan. Ia juga adalah sebagai tempat untuk mempromosi kumpulan nasyid ini agar lebih dikenali.
 
HomeHome  PortalPortal  SearchSearch  Latest imagesLatest images  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 Lagu Buat mu yang bergelar Isteri...

Go down 
AuthorMessage
lisawan23
Moderator
Moderator
lisawan23


Female
Number of posts : 22
Age : 44
Tempat Tinggal : Singapura
Pelajar/Bekerja/Penganggur : Setiausaha
Registration date : 2008-03-05

Lagu Buat mu yang bergelar Isteri... Empty
PostSubject: Lagu Buat mu yang bergelar Isteri...   Lagu Buat mu yang bergelar Isteri... Icon_minitimeMon Mar 10, 2008 5:49 pm

Assalamualaikum kepada semua teman2 di NFC...

alhamdullillah di dalam ruang kesempatan yg diberikan ini, kak lisa ingin berkongsi bersama teman2 di sini sebuah lirik atau mungkin madah yang memberi penghargaan buat kaum wanita yang sudah bergelar ISTERI di luar sana...

Bismillahirahmanirahim...




Engkaulah Isteri, Permata Hati Ku
--------------------------------------------

Di balik tirai keanggunan mu
terserlah indah wajah nan ayu
lembut bicara menusuk kalbu
engkaulah isteri permata hati ku

Walau sering engkau ku tinggalkan
demi keluarga dan masa depan
tidak pernah sekali engkau luahkan
rasa penat mahupun kesangsian

c/o Kepercayaan mu
ku jadikan selimut tidur malam ku
Keyakinan mu
ku jadikan tunggak tenaga ku
Kasih sayang mu
adalah teman di sepanjang perjalanan ku
dan kesabaran mu
menjadi penghapus setiap api kemarahan ku
kerana senyuman mu
adalah penyejuk mata hati ku

Bagaikan seorang srikandi di medan perjuangan
terpancar ketegasanmu di sebalik kelembutan
engkau patuh menjalani setiap kewajipan
kepada Tuhan dan suami dengan penuh ketaatan

Engkaulah isteri permata hati ku
pengorbanan mu ku ingat selalu
semoga bahtera ini mendapat restu
dan keberkatan dari Tuhan ku Yang Satu

- Lisa Wan
Back to top Go down
 
Lagu Buat mu yang bergelar Isteri...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» meh kongsi lagu nasyid yang diminati..
» Sekuntum Mawar Putih Buat Mama
» Lagu Baru Syah
» Sekadar Buat Renungan...
» salam perkenalan buat semua

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
NurFantz Fan Clubz (NFC) :: Sudut Santai :: Sudut Karya-
Jump to: