faah Newbie
Number of posts : 34 Age : 30 Tempat Tinggal : Dungun, Terengganu hobi : Mengkaji tentang islam Pelajar/Bekerja/Penganggur : Pelajar Registration date : 2008-03-09
| Subject: Madrasah Ikhtiari Sun Mar 09, 2008 11:27 pm | |
| MADRASAh IKHTIARi Faiz mengetuk-ngetuk kepalanya dan mencubik -mencubik pehanya. Faiz nampak dekat atas bangunan semuanya ada kubah. Di seluruh kawasan itu pula terdapat tembok yang begitu besar hatta suasana dekat luar pun tak dapat dinikmati. Semua orang lelaki berpakaian serba putih lengkap berkopiah dengan serbannya sekali. Yang perempuan pula berpakaian serba hitam dan berpurdah. Faiz semakin keliru di manakah dia kini? “Awak, ni dekat mana?” tanya Faiz kepada 2 orang perempuan yang lalu di hadapannya. Faiz pelik melihat gelagat mereka. Budak perempuan itu pergi dan terus memanggil seorang lelaki yang kelihatan lebih tua dan berjanggut lebat. Orang tua itu berjalan laju ke arah dirinya. Faiz semakin keliru, hatinya berdegup kencang. “Assalamualaikum,” ucap lelaki itu. Faiz menjawab salam lelaki itu. Hatinya kini tenang apabila ditegur dengan cara yang sopan. “Anta, ni kan laluan pelajar banat, mana boleh lalu kat sini,” nasihat lelaki itu sopan. Faiz bingung sebentar. ‘Banat’, ape tu? Beribu persoalan yang bermain dibenaknya. “Limaza ya anta? Au anta tolibat jadid?” lelaki itu masih lagi mengajukan soalan kepada Faiz tapi kini ia lagi menyukarkan Faiz kerana semuanya dalam bahasa arab. Faiz naik geram lalu bertanya “Pak Cik, boleh cakap Bahasa Malaysia tak?”. “Minta maaflah, saya rasa orang yang masuk sekolah ini kena pandai cakap bahasa Arab,” jawab pak cik itu. “Pak Cik tumpang tanya, ni dekat mana? Pak Cik ni, siapa? Kenapa saya boleh ada kat sini?” pertanyaan yang bermain di benaknya di lepaskan. “Wahai anak muda, sini adalah Maahad Tahfiz Tahsinul Quran Luqmanul Hakim. Saya Ustaz Mohd Fathul Hafiz Al-Hafiz ibnu Mohamad Syakir mualim sekolah ini,” jawab pak cik itu dengan panjang lebar. Sebuah basikal berwarna hitam yang ditunggang oleh 2 orang lelaki yang kacak, berpakaian jubah, serban, berkopiah serba putih berhenti dekat dengan dirinya.“Assalamualaikum, nahnu mukallaf fi hazal madrasah,” kata salah seorang lelaki itu straight dalam bahasa Arab. “Ustaz, apa yang dia cakap saya tak faham terus,” Faiz bertanya dengan nada yang hendak marah lepas satu, satu masalah yang datang dan mengapa dia perlu berada di tempat yang begitu kolot. “ Kami adalah pihak yang dipertanggung jawabkan dalam maahad ini. Saya Haikal dan ini sahabat qarib saya Aiman,” Haikal menterjemahkan kata-kata sahabatnya, Aiman dalam Bahasa Malaysia. Ustaz Mohd Fathul Hafiz beredar dari situ setelah memberikan amanat kepada Haikal dan Aiman. “Saudara telah melakukan kesalahan iaitu tidak memakai jubah,kopiah dan serban yang mana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W. 1 lagi kesalahan ialah berada di kawasan larangan iaitu laluan pelajar banat, sebagai dendanya saudara diminta membersihkan kawasan Musolla dan beristighfar kepada Allah sebanyak 100 kali..” kata Aiman. Faiz ketawa terbahak-bahak sambil berkata “Mana ada sekolah yang buat denda macam ni, sekolah aku pun tak pernah,”. “Saudara inilah sekolah saudara. Kalau saudara tak nak buat tak apalah tapi ketahuilah bahawa Allah sentiasa memerhati kita Saya hanya mampu menasihati saudara agar menjadi lebih baik,” nasihat Aiman dari tadi. “Apa kau kata, aku pelajar sekolah ini. Jangan harap aku nak masuk sekolah ini, tak pernah menjadi pilihan aku,” Faiz menyambung lagi ketawanya. “Saudara, jangan banyak ketawa nanti gelap hati. Eem, siapa nama saudara?”tanya Haikal yang dari tadi membisu. “Nama saya Muhammad Faiz Imran Ahmad Hakimi,” jawab Faiz ringkas. Aiman membuka sesuatu seperti handset dan menekan butang yang ada. “Nampaknya nama saudara memang termaktub di sekolah ini. kita sebagai insan yang terpilih mesti bersyukur,” Aiman menambah lagi tazkirahnya. “Suka hati koranglah, sekarang aku lapar, aku nak pergi makan,” kata Faiz dengan megah dan terus beredar dari situ. Dia terus menuju ke arah dewan makan namun begitu dia buntu di mana letaknya dewan makan. Maka dilihatnya pada papan tanda semuanya ditulis dalam Bahasa Arab. Faiz sekali lagi menggaru-garu kepalanya. Faiz berjalan tak tentu arah. Akhirnya dia nampak makanan. Dia terus menerjah ke arah kaunter makanan dan mengambil makanan. “Berapa semuanya?” tanya Faiz kepada penjaga kaunter. “3 dinar,” balas penjual itu. Faiz menghulurkan 5 ringgit Malaysia, dia masih tidak sedar bahawa penjual itu menyebut dinar bukannya RM. “Saudara, duit ini tidak sah digunakan di mana-mana Maahad,” kata penjaga itu. “Pak Cik Lebai, duit ini masih baru lagi lebih-lebih lagi RM5 ni, mengarut betullah dia ni,” marah Faiz apabila duitnya di tolak. “Saudara, jangan panggil saya lebai, tak pernah saya jumpa pelajar macam awak di sekolah ni. Tak apa lah kira sedeqah la ni,” kata penjual makanan itu lembut menahan kemarahannya. “Terima kasih,” ucap Faiz kepada penjual itu. Dia terus meluru ke tempat makan pelajar perempuan yang sedang menjamu selera. Semua pelajar perempuan yang berada di situ terkejut melihat geligat Faiz. Salah seorang pelajar perempuan menyebut ‘Astaghfirullahal Azim’. Ada juga yang terlalu marah sehingga menyebut ‘Anta majnun’ kepada Faiz. Tiba-tiba muncullah 2 orang lelaki yang sedang menunggang basikal berwarna merah dengan pakaian serba putih menuju ke arah dirinya. “Engkau nikan dalam dewan yang tertutup macam ini pun nak tunggang basikal,” marah Faiz dengan gelagat mereka. Semua yang dibuatnya salah, hendak bersembang dengan pelajar perempuan pun tidak dibenarkan. “Saya rasa kami tidak perlu kenalkan diri kami lagi. Saudara telah melakukan kesalahan sebagai denda istighfar kepada Allah sebanyak 300 kali,” Aiman bersuara dengan sopan santun. “Baiklah, baiklah,” balas Faiz sambil mengeluh. Sesudah sahaja makan, entah mengapa dia terasa dirinya seperti dibawa orang. Dia berjalan terus pergi ke asrama dan terus masuk ke kamar At-Tarmizi. Pada salah sebuah katil ada tertera nama Muhammad Faiz Imran Ahmad Hakimi. Katil itu terlalu kemas dan dibuka almari, semuanya tersusun dengan rapi. Faiz terus menidurkan dirinya di atas katil yang empuk itu. Selepas 1 jam tertidur dia pun terjaga. Faiz berjalan keluar dari kawasan asrama. Dia pun masuk ke dalam dewan tertutup maahad. Pada masa itu, terdapat satu majlis yang mana majlis itu dinamakan Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Maahad seisi 1433H. Faiz mengambil tempat. “Sekarang saya mengumumkan ketua pelajar Maahad Tahfiz Tahsinul Quran Luqmanul Hakim seisi 1433H ialah Muhammad Faiz Imran ibnu Ahmad Hakimi,” kata pengerusi majlis dengan penuh bersemangat. Suara tepukan dan sorakan para hadirin menjadikan dewan tertutup itu bingit. Faiz terkejut mengapa nama dia yang dipanggil. Faiz nampak seorang lelaki yang begitu kacak berpakaian jubah, kopiah dan serban serba putih naik ke pentas dengan tersenyum. Muka lelaki itu mirip dengan mukanya tetapi badan lelaki itu lebih tegap. “Faiz, bangun! bangun!” gerak Mak Cik Minah sambil menggoncang badan anaknya itu. “Dah cepat bersiap, kita dah nak bertolak ini,” kini Pak Cik Kimi pula mencelah. “Abi, kita nak ke mana?” tanya Faiz kehairanan. “Kamu ni, kan nak hantar kamu dekat Maahad Tahfiz Al-Mahmud,” jawab Pak Cik Kimi. Faiz menelan air liur. Dia terkenangkan mimpinya yang ngeri. Betulkah itu sekolah pilihannya? Sesampai di sana Faiz berasa lega kerana ia tidaklah seteruk yang dimimpikan. Faiz seorang pelajar yang cemerlang dalam semua aspek samaada Quran, akademik, kokurikulum, mahupun kepimpinan. Ini dapat dilihat dari tingkatan 1 lagi apabila dia dianugerahkan Pelajar yang Berkebolehan dan telah dipilih menjadi Majlis Perwakilan Pelajar sekolah itu. Mimpinya menjadi realiti apabila dipilih sebagai Ketua Pelajar pada tahun 1433H dan dia kini telah Hafiz.Alhamdulillah... | |
|